Sunday, April 24, 2011

Idea Arca Assemblaj Kapal Layar

Kelebihan anda menjawab soalan arca assemblaj adalah anda boleh dapatkan bahan-bahan dari rumah anda sendiri. Ada payung rosak, sudu atau senduk dah berkarat, periuk lama, kerusi patah, paku atau skru yang banyak tak guna-guna... belasah ja, he he.

Cabarannya pula adalah.. kena fikir nak guna apa dan bagaimana caranya nak sambungkan bahagian-bahagian yang berbeza sifat bahannya tu.. Pelajar Tingkatan Lima di sekolah cikgu, guna skru untuk joinkan besi dan kayu. Skru tu, susun banyak-banyak jadi jalinan. Tak ada la kosong saja permukaan kayu..

Apa-apapun, gabungan bahan perlu 'menjadi' dan [alin penting ialah kemasan kerja.. kalau nak potong kayu, biar potong kemas, jangan senget-senget... Kalau sambung guna gam (gam bunga ), jangan gam pulak yang timbul di sana-sini..

Cikgu cadangkan anda buat arca dulu sekarang, lepas tu baru sambung buat folio. Idea-dea boleh ditokok tambah kemudian, tapi kalau start buat arca, takut anda dah boring sebab idea tak ada. Jadi cikgu letak gambar-gambar yang boleh dijadikan idea. Guna idea dari gambar tapi olah guna bahan sendiri.













No comments:

Terima Kasih