Selasa, 8 Mei 2012

Latihan 1 HARI 1 LAKARAN

IDSKETCHING.COM's Sketchbook | Industrial Design Sketching and Drawing Tutorials

Cikgu sering berpesan kepada para pelajar cikgu supaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu lakaran sehari. Tapi biasanya dia orang blurr saja apa yang nak dilukis. Kalau ada objek yang nak dilukispun, teknik pula yang tak kena. Pautan / link website di atas bolehlah mengatasi masalah 'tak tahu nak lukis apa hari ini'.. Ada bnyk lakaran yang boleh diimitasi semula setiap hari.

Lakaran-lakaran di sini juga sangat sesuai buat pelajar praU yang baru saja mendaftar ke Tingkatan Enam Rendah pagi tadi. Walaupun kertas 2 (Lukisan) hanya dinilai pada tahun hadapan, sangat penting untuk anda mahirkan diri dengan disiplin-disiplin lakaran dari pelbagai bidang seni visual; contohnya grafik dan industrial design.

Jadi, JANGAN LUPA! 1HARI 1LUKISAN, TAU!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan: