Selasa, 1 Januari 2013

SEMESTER 2 SENI VISUAL STPM BAHARU

Semester 2 sudah menjelang. Apa persiapan kamu semua untuk Kertas Lukisan? Di sini cikgu nak beri beberapa tips bentuk-bentuk latihan yang mungkin dapat membantu kamu mengasah skil melukis. sentiasa ingat bahawa melukis bukan hanya memerlukan bakat dan minat sahaja. mereka yang berbakat melukis adalah kerana mereka minat dan SELALU melukis; tak kiralah menconteng atau saja suka-suka, sebab itu mereka berbakat.

Oleh kerana kamu semua telah buat keputusan untuk ambil kertas seni visual dalam peperiksaan STPM, minat atau tidak, hanya berlatih melukis sahaja yang dapat meningkatkan markah peperiksaan kamu semua. Jangan fikir melukis itu senang,  sebenarnya kertas 2 inilah yang paling susah nak skor A!

TIPS LATIHAN LUKISAN

MINGGU 1 - berlatih membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris sebanyak 100 kali sehari selama seminggu untuk garisan melintang, garisan menegak dan garisan serong. (maknanya 300 garisan sehari!)

MINGGU 2 - berlatih membuat bulatan tanpa jangka lukis dalam saiz yang pelbagai dan spontan. 

MINGGU 3 - tungguuuu

Tiada ulasan: