Ahad, 20 Disember 2009

Tingkatan Enam lebih baik dari Diploma

Dalam ruangan ini, cikgu nak bincang sikit mengenai mentaliti pelajar-pelajar Melayu dan ibu bapa mereka yang menganggap masuk IPTA atau IPTS lebih baik daripada naik ke Tingkatan Enam. Cikgu akan buktikan bahawa sambung belajar ke Tingkatan Enam lebih menguntungkan daripada pergi buat Diploma.

Semasa masih pelajar, cikgu juga tak pernah berangan-angan nak naik ke Tingkatan Enam. Dapat ja result SPM, mohon Diploma in Art & Design ITM Shah Alam. Naik keretapi dari Butterworth, Penang ke K.L untuk temuduga di ITM Shah Alam. Sementara tunggu panggilan, pegi sekolah naik Tingkatan Enam. Kalau tak sekolah, takut kena pinang pulak..

Frust menonggeng tak dapat tawaran Diploma Art & Design. Separuh hati ja duduk form six kat sekolah. Bulan November mohon lagi untuk January intake. Kali ni pegi temuduga di Perlis, tak dapat juga. Bila naik Tingkatan Enam Atas, lepas bayar yuran periksa, (dulu tak percuma cam sekarang) pegi kerja dengan makcik di Penang. Ingatkan jadi cashier kat kantin sebuah kolej, rupanya kena jadi orang dapur dan waitress. Bagusnya, itu pengalaman berguna bila dah kahwin, sebab pandai masak...

Kali ketiga dapat tawaran pegi temuduga lagi; kursus yang sama! Kali ni temuduga kat Penang ja. Cikgu dah nekad, ini kali terakhir cikgu mohon. Kalau tak dapat jugak, cikgu nak ambik balik STPM belajar sendiri. Tapi cikgu perasan ada satu soalan yang ditanya dalam ketiga-tiga interview tu; iaitu "sekarang buat apa?"

Oleh kerana cikgu ni orang yang berintergiti, dua kali interview cikgu jawab belajar di Tingkatan Enam dan yang terakhir of course cikgu jawab "tolong makcik jual mee dan sate di Gurney Drive".. ikhlas ja jawapan tu.

Sementara tunggu jawapan ITM, cikgu ambik juga periksa STPM tu sebab dah bayar! Tapi kerja kursus untuk subjek Seni tak hantar. Tup tup! Dapat pulak tawaran ITM tu! Alhamdulillah... macam mimpi ja sebab kena tunggu setahun lebih baru dapat menjejak kaki ke IPTA. Itu la ceritanya beria-ia nak buat diploma seni... tak ada cikgupun yang nak cakap lebih baik ambik STPM dari diploma.

Cikgu bukan nak cakap cikgu menyesal pegi buat diploma seni di ITM. Nasib cikgu baik sebab diploma seni di ITM masa tu, setaraf ijazah atau Diploma Lanjutan. Masa tu peduli apa. Yang penting masuk IPTA. Tapi sekarang lain dik oii.. Lepasan SPM pegi UiTM, buat Diploma la jawabnya. Dah tak sama dah...

Oleh kerana diploma yang cikgu dapat tu setaraf ijazah, dapat la sambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di maktab. Bila jadi cikgu, dapat gaji ijazah walaupun kurang daripada cikgu yang ada Ijazah dengan Kepujian... Kalau gaji diploma, mesti lagi sikit. Lagipun sekarang ni, IPTS bercambah-cambah keluarkan graduan diploma. Semua orang ada diploma...

Nak dijadikan cerita, masa first semester di ITM, dapat result STPM yang cikgu ambik tapi tak belajar tu. Wow! Bahasa Melayu Kertas 1 dapat 1, Kertas 2 (sastera dapat 6) jadinya Prinsipal B. Sejarah Asia Tenggarapun dapat 1 dan Sejarah Islam 6; dah dua Prinsipal B. Pengajian Am dapat Prinsipal D (zaman dulu D tu masih lagi prinsipal) dan Ekonomi lulus sebahagian. Subjek lukisan dapat X sebab tak hantar kerja kursus.

Oleh kerana betapa susah payahnya cikgu nak dapat ITM, cikgu takda la mohon "U". Lagipun seronok di ITM. Tapi sekarang, cikgu terfikir, kenapa kita takut naik Tingkatan Enam? Semua orang kata Tingkatan Enam tu susah... susah nak lulus, macam mana nak mohon "u"?

Tahun lepas, anak sedara cikgu di Kelang dapat 7A SPM, tak dapat tawaran matrik atau diploma. Frust dan nak kerja. Cikgu marah dia dan mak dia sekali. Takkan la SPM 7A takut nak ambik STPM? Kalau rasa aliran Sains tu susah, tukar la ke subjek kemanusiaan. Akhirnya dia sambung juga Tingkatan Enam. Dah habis exam pun 10 Disember hari tu...

Kalau korang ditawarkan matrikulasi, korang pegi la. Jangan nak stay Tingkatan Enam pulak.
Atau kalau korang anak orang kaya, lepas buat diploma tak ada masalah kewangan nak sambung ijazah, pun elok korang pegi buat diploma. Atau korang tak kisah belum kerja lagi dah ada hutang PTPTN RM50,000.00; pun korang pegi la buat diploma.

Cikgu cuma nak cakap, kalau korang tak dapat matrikulasi atau bukan anak orang kaya atau tak sanggup bayar hutang yang boleh beli kereta sebuah... korang pilihlah Tingkatan Enam. Jangan malu ke Tingkatan Enam sebab peluang buat ijazah lebih besar daripada orang yang ada diploma. Pelajar Melayu malas naik Tingkatan Enam sebab tak nak pakai baju sekolah, terikat peraturan sekolah dan tidak bebas. Tingkatan Enam tak grand...

Cikgu nak bagitau, ada banyak kebaikan anda pilih Tingkatan Enam daripada diploma.
Yang pertama, jimat kos nak buat ijazah. Pergi sekolah mana ada kos. Tak payah bayar sewa rumah, makan mak ayah tanggung, siap dapat duit belanja sekolah lagi. Tak payahlah berhutang sana-sini macam orang buat diploma....

Ada satu cerita lagi. Sekarang ni, ada ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah. Ada salah seorang cikgu GSTT seni yang cikgu kenal. Dia mengaku pada cikgu, rugi dia buat diploma seni di ITM Melaka dulu. Sebabnya, bila nak sambung ijazah, mak dia kata , kerja dulu kumpul duit sebab mak dah tak ada duit . Bila kerja dulu, dah kahwin, mengandung... apa chance nak buat ijazah? Lagipun, katanya, buat diplomapun banyak guna duit dan sama susah macam nak buat ijazah.

Sedih tengok orang-orang Melayu, baru nak pegi buat diploma dah seronok, dah hebat sangat dah. Kalau naik Tingkatan Enam, seolah-olah anak tu tak ada peluang nak ke universiti. Rasa membazir masa dan duit. Eh! Tolongla... buang la minda yang lapuk tu!

Cukup dulu untuk kali ni. lain kali cikgu nak beritahu kelebihan pelajar ambil subjek Seni Visual STPM pula. Jumpa lagi.

35 ulasan:

amoykiki berkata...

hye cikgu seniku....hehehehe
sye dh jd follower ckgu...t ajar sy cmner nk dpt duit ea...hehehe

Noraida Radot berkata...

kiki, cikgu pun baru nak belajar... belasah ja. Apa-apapun, tahniah untuk blog kiki. Welldone!

P A U L I N E berkata...

terima kasih cikgu.. minda saya sudah terbuka lepas baca entri ini.. memang saya ada niat untuk masuk f6 dari dulu.. tetapi masih was2.. thankz..

Muhamad syukri dzun nurin berkata...

salam cikgu..saya bangga dengan cikgu...cara cikgu berfikir lebih matang dan rasional..saya setuju..ramai anak melayu skrg dah xmahu naik ting.6..alasannya susah/payah...saya lebih suka jika di ting6..saya juga pelajar lepasan spm dan kptsn saya agak cemerlang..tapi saya tak harap pun dpt twrn diploma..lebih suka ambil form 6 sbb orang kata selangkah kaki ke universiti..saya banyak nak kongsi dengan cikgu kerana cita-cita saya juga ingin menjadi seorang guru...kalau boleh cikgu emel lah saya di syukuri_fc@yahoo.com....terima kasih,salam

Noraida Radot berkata...

Shukri dan pelajar lain boleh berhubung dengan saya menggunakan facebook.

lee siau fen berkata...

Saya jumpa blog ini. Hai cikgu :) memang banyak kebaikan la lepas baca ni blog. saya pelajar tingkatan 6 sekarang.hehe Tingkatan 6 memang banyak kebaikan :)

Noraida Radot berkata...

Betul tu, siau fen, harap awak dapat capai cita-cita mengenggam segulung ijazah

Tanpa Nama berkata...

We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
Your website offered us with valuable information to
work on. You've done an impressive job and our entire community will be thankful to you.

My blog post ... women's
stuhrling original watches

Tanpa Nama berkata...

form 6 susah ke?

nad berkata...

adakah betol masok fom 6 akan lbh baek drp wat diploma ea? saya takot laa...

Tanpa Nama berkata...

Keep on working, great job!

my web blog ... men's watch brands

Tanpa Nama berkata...

If you are going for best contents like myself, simply pay a visit this web site everyday
since it presents quality contents, thanks

My site :: wikiank.freehostia.com

Tanpa Nama berkata...

Amazing blog! Is your theme custom made or did you
download it from somewhere? A design like yours with a few
simple tweeks would really make my blog stand out.
Please let me know where you got your theme. Appreciate it

Here is my weblog; mens stuhrling original watches

Tanpa Nama berkata...

Terrific post however I was wondering if you could write a litte
more on this topic? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further. Cheers!

my homepage - akribos watches for women

Tanpa Nama berkata...

It's actually very difficult in this active life to listen news on TV, so I only use web for that reason, and obtain the hottest news.

Look into my blog; affiliate marketing blog

Tanpa Nama berkata...

Everything published made a great deal of sense.
But, consider this, what if you were to create a killer title?
I ain't suggesting your information isn't good, but suppose you added something that makes people want more?
I mean "Tingkatan Enam lebih baik dari Diploma" is a little vanilla.
You ought to peek at Yahoo's front page and see how they write news titles to grab people to open the links. You might add a related video or a related pic or two to grab people interested about what you've written.
In my opinion, it would bring your posts a little bit more interesting.



Take a look at my page - victorinox swiss army

Tanpa Nama berkata...

It's amazing to go to see this site and reading the views of all mates on the topic of this article, while I am also keen of getting experience.

Here is my web-site; women's
victorinox watches

Tanpa Nama berkata...

I visited several web sites however the audio quality for audio songs present at this site is in fact excellent.


my page ... http://brain.kaist.ac.kr/wiki/index.php?title=사용자:CynthiaDo

Tanpa Nama berkata...

We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your site offered us with valuable information to work on. You have done a formidable job and our entire community will be thankful to you.

Look into my blog ... relic watches for men

Tanpa Nama berkata...

This is my first time pay a visit at here and i am actually happy to read
all at single place.

Feel free to surf to my website :: armitron watches for women

Tanpa Nama berkata...

Oh my goodness! Impressive article dude! Thank you,
However I am having problems with your RSS. I don't understand the reason why I am unable to join it. Is there anybody having the same RSS problems? Anyone who knows the answer can you kindly respond? Thanx!!

my web page - http://wiki.oszone.net/index.php?title=Участник:CesarArti

Tanpa Nama berkata...

I've been browsing online more than 4 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my view, if all web owners and bloggers made good content as you did, the net will be a lot more useful than ever before.

my blog :: an seo software evolution

Tanpa Nama berkata...

Excellent pieces. Keep writing such kind of information on your site.
Im really impressed by your site.
Hi there, You have done a fantastic job. I'll certainly digg it and in my view recommend to my friends. I'm
sure they'll be benefited from this web site.

Also visit my homepage - womens victorinox swiss army

Tanpa Nama berkata...

Nice post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very useful information particularly the last part :) I care for such info much. I was looking for this particular info for a long time. Thank you and best of luck.

my web blog ... vestal watches

Tanpa Nama berkata...

Hi terrific website! Does running a blog such as this require a massive amount work?

I have absolutely no knowledge of programming but I was hoping
to start my own blog soon. Anyways, if you have any recommendations or techniques for new blog owners please share.
I know this is off subject however I just needed to ask.
Thanks!

Have a look at my site akribos for Women

ACLUMSYGIRL berkata...

Salam cikgu , thanks for the info . Terbuka minda saya sebentar . :) saya bekas pejar sek teknik , mohon matriks teknikal tak dpt tapi saya dpt tawaran ke form 6 . Saya masuk juga form 6 rabu lepas sebab takut tak dpt U. Saya ambil aliran kemanusiaan tapi sekolah saya tak ada seni dan saya mmg nak seni as subj tambahan lgpun saya mmg minat seni. Saya ada tnye penyelaras form 6 psl ni , dia kata dia boleh tolong tapi saya rasa saya kena belajar sendiri teori2 seni ni .Nak minta pendapat cikgu macam mana nak survive untk subj seni kalau takde cikgu yg mengajar di sekolah . Terima kasih sekali lagi sebab cikgu share post ni . :D

Tanpa Nama berkata...

Very nice write-up. I certainly appreciate this site. Thanks!


Here is my blog: seo campaign

Tanpa Nama berkata...

It's an awesome article in favor of all the online users; they will obtain benefit from it I am sure.

Here is my web page: victorinox watches for men

mia humayra berkata...

assalamualaikum cikgu . saya humaira baru lepas spm tahun 2014 , saya minat dalam pendidikan awal kanak kanak . saya sdg apply UPSI , cikgu rase lebih baik saya ambil form 6 atau terus diploma di UPSI . Boleh share pandangan cikgu ?

m amin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
m amin berkata...

assalamualaikum...cikgu saya dapat tawaran belajar di UITM tepapi masalah yg timbul kerana saya telah diberi course yg saya tidak minat dan saya tidak suka...saya bersyukur dapat sambung di uitm tetapi saya tidak mendapat bidang yg saya nak..JAdi saya mohon pendapat cikgu mana satu harus saya terima sama ada UITM atau FORM 6...

Tanpa Nama berkata...

electronic cigarettes, e cigarette, ecigarette, smokeless cigarette, smokeless cigarettes, electronic cigarettes reviews

Tanpa Nama berkata...

Kelebihan T6 (mulai tahun 2012)
1. Sistem pentaksiran baharu - peperiksaan berpusat setiap penggal dan kerja kursus
2. Sistem penggal (3 penggal) sama seperti sistem semester di Universiti Awam (UA)
3. Berpeluang mengulang peperiksaan penggal 1 dan penggal 2 untuk perbaiki keputusan
4. Kerja kursus membantu keputusan STPM menjadi lebih baik
5. Keputusan peperiksaan setiap penggal dikeluarkan MPM untuk memberi peluang
pelajar menilai sama ada hendak mengulang atau tidak.
6. Keputusan STPM sebenar mengambil gred terbaik keputusan peperiksaan (penggal 1
atau ulang penggal 1 + penggal 2 atau ulang 2 + penggal 3 + kerja kursus)
7. Sistem persekolahan Mod 1 (sekolah T6 sahaja) dan Mod 2 (bercampur aliran
perdana tetapi bangunan T6 berasingan)
8. Pakaian smart casual untuk pelajar T6. Tidak perlu pakai pakaian sekolah
9. Ada sekolah T6 diambil UA sebagai sekolah angkat. Pelbagai program dilaksanakan
10. Sijil STPM diiktiraf kerajaan Malaysia. Bermakna pelajar T6 diterima masuk di
semua UA dan universiti swasta di Malaysia
10. Sijil STPM diiktiraf Cambridge Assessment (CA), UK. Bermakna pelajar T6
diterima masuk ke universiti terkemuka luar negara. Apabila CA mengiktiraf
STPM, 53 negara Komanwel turut mengiktiraf STPM, seperti Australia, NZ, Brunei,
Singapura dan lain-lain.
11. Negara bukan komanwel turut menerima pelajar STPM seperti German, Ireland,
China dll
12. Sijil STPM turut diiktiraf JPA untuk bekerja di sektor Kerajaan. Juga disektor
swasta
13. Penajaan biasiswa kepada lepasan STPM oleh KPM, JPA dan juga pihak swasta
seperti Petronas, Gamuda, STAR dll untuk melanjutkan pengajian di universiti
dalam dan luar negara
14. Biasiswa juga disediakan oleh Univ Keb Singapura kepada pelajar lepasan STPM
yang berjaya ditawarkan ke universitinya. (Biasiswa ASEAN)
15. Universiti Kebangsaan Singapura turut iktiraf MUET. Pelajar STPM yang mendapat
Band 4 dalam MUET tidak perlu duduki pep BI di Univ ini
16. Pensyarah UA lebih suka kepada lepasan STPM kerana lebih matang, boleh
berdikari, dan graduan lepasan STPM lebih cemerlang di Univ
17. Peratusan keputusan STPM sentiasa meningkat dari segi PNGK dan bilangan pelajar
yang mendapat lulus penuh (Prinsipal). Ini menggambarkan STPM bukanlah sukar
seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak pernah melaluinya

Moga perkongsian ini membuka mata dan minda masyarakat bagi menepis persepsi negatif tentang STPM. Terima kasih

Tyrahhh sayang berkata...

Boleh saya tau, form six ade tawarkan biasiswa tak?

Tyrahhh sayang berkata...

Boleh saya tau, form six ade tawarkan biasiswa tak?