Selasa, 18 Januari 2011

Penghasilan Folio Soalan 1 - Keharmonian

Pada kali ini, cikgu akan cuba beri panduan kepada para pelajar langkah-langkah penghasilan folio . Folio merupakan satu bentuk dokumentasi kajian, jadi jangan buat jangkaan ianya boleh siap dalam masa 3 hari, atau 3 minggu! Jika pelajar-pelajar buat tugasan yang cikgu akan beri minggu demi minggu, pelajar akan dapat siapkan folio dalam masa 3 bulan!

Sebelum mula buat folio, pastikan anda dah tetapkan 'subject matter' . Untuk soalan 1, perlukan dua subject matter iaitu berasaskan rupa huruf dan rupa geometri. Tentunya ada rasa pelik jika karya seni anda tidak ada isu yang hendak ditonjolkan (?). Beberapa isu yang boleh diutarakan dan contoh gabungan adalah seperti berikut:

i. novel INTERLOK gabung dengan simbol manusia (macam simbol grafik untuk sukan)
ii. permainan tradisional cth. perkataan WAU gabung dengan rupa dan motif wau (rupa geometri)
iii. nama-nama motif Kraf Tradisi seperti batik cth. PUCUK REBUNG digabung dengan rupa motif Pucuk Rebung itu sendiri.
iv. unsur alam seperti ombak, bunga boleh digeometrikan seperti anda cipta logo dalam bidang grafik. Mungkin anda minat dengan spesies orkid yang namanya unik, bolehlah digabungkan dengan motif bunga yang anda dah geometrik-kan.
v. kajian seni Islam di alam Melayu




Nota: Rupa Geometri dalam konteks Seni Visual bermaksud : Rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, oktagon, segi tiga dan lain-lain. Ia dilukis secara sengaja bermaksud diukur dan ditetapkan saiznya, menggunakan pembaris atau jangka lukis.

Tugasan Minggu 1 :

a. Pernah buat folio sejarah Tingkatan 3? Langkah pertama, dapatkan Sumber Maklumat, betul tak? Sumber Maklumat boleh saja terdiri daripada keratan akhbar, artikel dari internet, temubual dengan individu, gambar-gambar yang dirakam sendiri atau dari internet dan sebagainya.
Contohnya, anda ingin utarakan isu budaya Kraf Tradisi Batik , jadi memilih motif Pucuk Rebung. Untuk Kajian Sumber Ilham, dapatkan
i. definisi Batik dan sejarah ringkas.
ii. Gambar beberapa motif-motif Batik berupa geometri termasuk Pucuk Rebung.
iii Artikel mengenai kejayaan Kraf Batik Malaysia yang menyertai 'fashion show' atau pertandingan-pertandingan e.g Piala Seri Endon dsbnya.
Cth artikel dari internet berkaitan pucuk rebung http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2009/08/pucuk-rebung-motif.html
iv. Taip dan print perkataan PUCUK REBUNG dalam beberapa jenis font yang anda suka.
Sebaiknya guna 'Word Art' untuk outline sahaja dalam saiz muat A4.

Tugasan Minggu 2

Tiada ulasan: