Sabtu, 8 Januari 2011

Soalan Kerja Kursus Seni Visual 2011 dah dapat!!!

Jom tengok soalan http://www.senivisual.com/2011/01/peperiksaan-stpm-seni-visual-9703.html

Guru-guru boleh download soalan dan arahan di http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=88&SectionID=12. Tarikh penghantaran kerja kursus tahun ini adalah pada 26 September 2011. Awal la pulak.

Soalan tahun ni agak senang untuk diterjemahkan temanya; tak macam soalan tahun lepas. Tapi, tajuk senang, nak menjadikan karya yang hebat yang susah... sebelum pilih soalan, kena la buat beberapa pertimbangan.

1. Pilih soalan yang guru anda mahir dengan bidangnya. Lagipun, guru yang nak membimbing. Bincang dengan guru sekolah dulu.

2. Setiap bidang seni ada disiplin tersendiri. Disiplin pengkaryaan dan perekaan tidak sama. Contohnya, dari segi lukisan lakaran dan kajian;
a. jika untuk soalan 4 (rekabentuk industri) biasanya pereka guna medium marker yang khusus untuk bidang seni. Lukisannya mementingkan perspektif dan kadar banding
yang tepat.cams


e

c
Kalau berminat nak jawab soalan nombor 4, belajar jenis-jenis sketches di http://www.idsketching.com/toolbox/toolbox-levels-of-sketching/

b. untuk soalan 3, pembungkusan; sketching-nya lebih kurang cam soalan 4 jugak.

c. Lakaran /sketching untuk soalan pengkaryaan yang paling mudah. Ikut suka mu nak guno teknik hok lagu mano.. (kecek Kelate pulok doh pasa ado mek kelate pindah sekolah masuk kelas seni). Selalu kita belajar buat lukisan dalam kelas, guna teknik titik-titik, gesture drawing, cross-hatching, lorekan, gosokan... macam-macam ada.

3. Ramai dalam kalangan pelajar ambil subjek seni walaupun tak ada bakat melukis. Pada pandangan cikgu, pelajar yang kurang mahir melukis, sebaiknya menjawab soalan pengkaryaan, terutama soalan 1.

Ada kelapangan nanti, cikgu akan bincang soalan 1 dan contoh folio pelajar cikgu tahun lepas akan cikgu uploadkan.




2 ulasan:

雨林画室 teearts.studio (Malaysia) berkata...

Hello! This is Tee here, welcome to join my art center, thank you!
您好!我是tee,欢迎加入我的美术中心,谢谢!
-
website: www.teearts.multiply.com
information: http://teearts.multiply.com/notes/item/2
map: http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl - (*Key-in: teearts CENTER)
facebook ID: tee arts
hp: 012-2791328

Tanpa Nama berkata...

cikgu sekarang saya nak tengok cntoh keje kusus seni 2011 bukan mende lain..maaf kasar....trima kaseh...