Isnin, 26 Mac 2012

BUONGIORNO ITALY!


Pada 16 Mac 2012, antara tarikh bersejarah  dalam hidup cikgu. Jam 11 malam cikgu dah berada di dalam kapal terbang KLM Dutch  untuk menyertai Bologna International Children Books Fair di Italy.

Macam mana pula cikgu boleh pergi? Cikgukan terlibat dengan Bengkel Menulis dan
 Illustrasi Buku Kanak-Kanak anjuran Majlis Buku Kebangsaan, jadinya kami diajak ke sana mengikut delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan para penerbit buku . Pesta Buku ini lebih menjurus kepada penerbit buku dari seluruh dunia yang berminat menjual buku kepada penerbit dari negara lain. Begitu juga penulis dan illustrator dari seluruh dunia memperkenalkan diri kepada para penerbit buku. Penerangan lanjut boleh baca di sini


Penerbangan dari KLIA ke Amsterdam ambil masa lebih kurang 13jam dan sepatutnya tiba jam 12 tengahari tapi sebaliknya kami tiba jam 5.30pagi . sebabnya, dunia sebelah barat lewat 7jam dari tempat kita  mengikut putaran bumi. Jam 9.00pagi naik kapal tebang kecil dipanggil hopper untuk ke Bologna Italy.e

Menakjubkan bila melalui Banjaran Alps yang terkenal dengan keindahan  saljinya tu. 





Tiada ulasan: