Khamis, 21 November 2013

LATIH TUBI PENGGAL 2 LUKISAN

      Tahniah kerana telah berjaya mengharungi peperiksaan Penggal 1 bagi semua subjek yang diambil. Cikgu harap korang semua dapat buat yang terbaik terutama bagi subjek Seni Visual. Walaupun dah habis exam Penggal 1, perjuangan belum selesai. Masa cuti penggal nilah korang semua nak lembut-lembutkan tangan bagi menghadapi Kertas 2 Lukisan.

      Jangan fikir lukisan tu senang sangat, boleh conteng-conteng dan pakat dok gelak lukisan sendiri. Ada dalam kalangan calon yang tak mahir melukis sebab bukan hobi  dia melukis dari kecik. Jadinya, gunakan masa cuti penggal ni untuk melukis setiap hari. Ada pautan-pautan dalam blog ni yang anda boleh tiru lukisannya sebagai satu bentuk latihan. Klik saja pada pautan dengan label LATIH TUBI KERTAS 2 (TUGASAN MASA CUTI) di sebelah kanan blog ni. Boleh juga download dan print gambar-gambar tu .

      Kalau memang tak pandai lukis langsung, cikgu sarankan korang mula dengan lukisan struktur
dan rangka dulu. tak payah shading dulu. Kenalpasti bentuk-bentuk  asas objek yang korang lukis.

      Kadang-kadang korang akan cepat bosan melukis sebab selalunya akan "macam tak cantikkk ja"; "cam tak jadiii ja"...  Tulah kelemahan korang. Cepat sangat putus asa. Lukisan yang baik tak siap dalam 10 minit. Teruskan lagi sejam dan tengok hasilnya!

     Time depan tv, bawak jugak kertas dan pensil. Tangan tu conteng-conteng ja buat garisan lurus lah, bulatan lah, bujur lah, buat banyak-banyak biar terkoyak kertas tu ditindan-tindan dengan garisan. Latihan ni untuk 'lembutkan" tangan korang yang dah kematu tu. Buat 1000 kali untuk kepuasan maksimum.

     Dah bosan buat garisan, ambil gambar-gambar yang didownload tu. lukis atas lukisan tu. ikut saja garisan-garisan pada gambar tu. Buat berkali-kali sampai koyak jugak gambar tu. Dah confident sikit, baru cuba lukis sendiri gambar-gambar tu. Simpan lukisan anda dan kertas conteng tu semua. Simpan  dalam fail. Masuk Penggal 2 nanti, tunjuk kat cikgu betapa rajinnya anda berusaha.

    Bodek cikgu di Penggal 2 supaya masa Penggal 3 nanti dapat markah lebih sebab cikgu yang bagi markah. Ha ha. Jangan percaya kata-kata di atas. Yang sebenarnya, kalau dah buat latihan yang banyak, mestilah ada peningkatan kemahiran, mesti la lukisan dah cantik jadinya Penggal 3 nanti confirm dapat A!

    Selamat berusaha!

Tiada ulasan: