Khamis, 2 Januari 2014

Sukatan Pelajaran Kertas 2 LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN

LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN (PENGGAL 2)
(Disediakan oleh Ahamad Fauzi Hassan, JU SV STPM 2012 Negeri Kedah)

1. Pengenalan Jenis-jenis Lukisan
2. Kemahiran Asas Lukisan
3. Penggubahan Lukisan


Kandungan
PENGGAL 1
PENGGAL 2
PENGGAL 3
Apresiasi Seni Visual
Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan
Projek Kajian Seni Visual
1.    Pengenalan Seni Visual (12W)
2.    Bentuk Karya Seni Visual (36W)
3.    Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual (72W)
1.  Pengenalan Jenis-jenis Lukisan (12W)
2.  Kemahiran Asas  Lukisan (36W)
3.  Penggubahan Lukisan (72W)
1.     Cadangan Projek (24W)
2.    Penghasilan Karya (72W)
3.   3.   Persembahan dan Peragaan (24W)
Pengajaran perlu mengikuti pemberat jumlah waktu mengajar yang telah ditetapkan



Penggal Pengajian
Kod dan                         Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Kedua
970/2
Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)
Ujian Melukis
Calon dikehendaki membuat satu lukisan berdasarkan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)
70
(35%)
3 jam
Pentaksiran berpusat


TAJUK

3.  Penggubahan Lukisan

3.1   Lukisan kajian sejadi dan buatan manusia
3.2   Lukisn teknikal
3.3   Ilustrasi penerbitan dan industri
Tajuk
1.   Pengenalan Jenis-jenis Lukisan
2.   Kemahiran Asas Lukisan:
      2.1  Media dan Teknik Asas Lukisan
      2.2  Pengamatan:
            2.2.1  Satu Objek
            2.2.2  Antara Objek
3.   Penggubahan Lukisan
      3.1  Lukisan Kajian Sejadi & Buatan Manusia
      3.2  Lukisan Teknikal
      3.3  Ilustrasi Penerbitan & Industri


Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkan salah satu daripada format tersebut. Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)

1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut:

Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik.

Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan.

Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.


2.         Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut:

Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan yang disediakan sebagaimana dalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi idea dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir.

Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang sesuai.

Nota: Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua kertas soalan (format 1 dan 2) adalah media kering.

Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:

(a)       menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek   dalam satu gubahan lukisan
(b)       mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal, subjek, dan kandungan dalam gubahan
(c)        menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan
(d)       menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahan

Lukisan

Gred A

         Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
         Calon dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta  kreativiti yang tinggi dalam bidang yang dipilih.
         Calon berupaya menunjukkan gaya penghasilan yang tersendiri dan kreatif dalam menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej.
         Calon dapat menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan.
         Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan tahap penerokaan yang tinggi.

Gred C

·    Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana.
·    Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana  dalam bidang yang dipilih.
·    Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penghasilan.
·    Calon menunjukkan gaya penghasilan.  
 











Tiada ulasan: