Selasa, 17 Jun 2014

BAB 1: PENGERTIAN SENI VISUAL

PENGENALAN SENI VISUAL
A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.


Dipetik dari : Nota Seni Visual


PENGENALAN SENI VISUAL
IMAM AL-GHAZALI
- Seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
KAMUS DEWAN
- Seni membawa maksud :
- Halus iaitu kecil, elok, tipis,dan halus enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.
- Karya termasuklah sajak, lukian, muzik, dan lain yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
- Visual bermaksud tampak iaiti yang boleh dilihat melalui deria penglihatan.
ENSIKLOPEDIA MALAYSIANA
- Seni ialah istilah yang digunakan bagi Sesutu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan, pendengaran dan rasa.

PENGKELASAN/PENGHASILAN SENI VISUAL
PENGKARYAAN
Pengkaryaan mementingkan MAKNA DAN ASTETIK iaitu:
Lukisan
Catan
Cetakan
Arca


PEREKAAN
Perekaan mementingkan FUNGSI DAN ASTETIK seperti:
Komunikasi visual grafik dan multimedia.
Reka bentuk teknogi

Reka bentuk persekitaran.

Tiada ulasan: