Isnin, 16 Jun 2014

UNSUR SENI

Penghayatan Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual dan Seni Visual- Bahagian 1


Seringkali guru-guru menjadi keliru dalam Pendidikan Seni Visual (KBSM dan KSSM) dengan Seni Visual (STPM) dari segi kandungan maklumat terutama Asas Seni Reka. Kekeliruan ini adalah disebabkan beberapa fakta yang telah lama guru-guru PSV mengajar disamping guru terlalu terikut dengan buku-buku rujukan Pendidikan Seni Visual yang 'tidak bertanggungjawab'. Harus diingat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bahawa mengambilan maklumat dari buku ataupun Internet perlu dilihat dari beberapa sudut. Pertama, siapa pengarang? dan Tahun bila?. Ini penting, kerana bahan yang digunakan adalah kandungan P&P dalam bilik kelas/Studio Seni. Berikut ini saya menyatakan beberapa permasalahan yang b erlaku dalam Asas Seni Reka.


1. Unsur Seni.

Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) terdapat 6 elemen unsur seni iaitu:
  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Warna dan
  • Ruang
Dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM) tiada Ruang (5 elemen sahaja).
Persoalan yang timbul mengapa SV STPM tiada dimasukkan ruang? Mengapa pula PSV (KBSM ada ruang? mana yang betul?
Sebenarnya soalan ini saya juga pernah disoal oleh guru-guru PSV dalam siri ceramah saya dibeberapa negeri. Saya faham, guru PSV yang perihatin akan merasai kegelisahan dan kerungsingan apa yang berlaku dalam dua situasi yang berbeza tetapi bercakap dalam satu skop yang sama iaitu menghasilkan 'Design' atau berkarya seni visual.
Sebenarnya, Kurikulum Seni Visual STPM dirangka berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu dalam perkembangan Seni Visual. Beberapa buku yang menjadi rujukan memberi alasan yang kukuh menyatakan bahawa RUANG mempunyai kedudukan tersendiri tanpa dimasukkan dalam mana-mana unsur atau prinsip. Ini adalah kerana Ruangmerupakanpermasalah reka bentuk dalam sesebuah karya. Seseorang pengkarya menghasilkan sebuah karya memerlukan pengisian ruang dalam menyusun 'hal benda', imej, warna atau teks dalam penghasilannya. Oleh yang demikian ruang menjadi faktor penentu kepada susunan itu. Justru itu olahan Karya seni adalah berdasarkan Unsur dan Prinsip Rekaan bagi menwujudkan permasalahan RUANG......
Kenyatan saya diperkukuhkan dalam buku 'Art Fundamentals Theory and Practice', dengan jelas menyatakan; 'The artis is always concerned about space as it evolves in artworks. The autors have taken the position that space is not an element, (that is, not one of principles of organization)' but a by-product of the elements as they are put into action and altered by the various principle of organization.
Poster Avatar: Penyusunan ruang melalui susunan imej, teks dan warna penentu dalam estetik dalam poster
Pada masa lain saya akan berkongsi tentang perbezaan konsep organisasi Asas Seni Reka KBSM dan Terkini.


Oleh Hassan Mohd Ghazali dari blog Seni Visual