Selasa, 16 Februari 2010

Kesantunan

Soalan 2 Pengkaryaan
Seni Visual STPM Tahun 2010

Jika anda memilih soalan ini, perkara penting yang anda perlu ambil tahu ialah anda diminta menghasilkan KARYA, bukannya KRAF. Dalam menghasilkan karya, aspek makna harus diberi penekanan, bukannya fungsi. Bagi memastikan anda tidak menghasilkan kraf, sila baca dan fahami panduan di bawah ini.

PENGHASILAN FOLIO

Langkah 1.
  • Semak kamus Dewan, Bestari atau wikipedia definisi santun, kesantunan,. kebudayaan kebangsaan
  • Buat kajian dengan mencari bahan yang ada kaitan dengan kebudayaan kebangsaan yang berkait dengan kesantunan. Contohnya bahan sastera seperti pantun, seloka, peribahasa dan lain-lain.
  • Mungkin ada peribahasa atau pantun yang melambangkan kesantunan dan berkait pula dengan budaya kita? Mesti la ada... cari sendiri.
  • Mungkin anda patut mengkaji kaitan peribahasa atau pantun dengan sifat orang Melayu atau minda orang Melayu yang berkait rapat dengan tema kesantunan itu sendiri.
  • Contohnya, mungkin juga peribahasa dan pantun orang-orang Melayu yang telah wujud sejak sekian lama (tetapi makin dilupakan) adalah sebenarnya mencerminkan kesantunan orang Melayu. Hal demikian ini kerana orang-orang Melayu dahulu apabila hendak bercakap atau menegur orang lain, akan menggunakan pelbagai bentuk kiasan seperti peribahasa dan pantun supaya bunyinya lebih enak didengar dan tidak menyakiti hati orang lain. Bukankah ianya merupakan kesantunan?
  • Ambil contoh beberapa peribahasa Melayu lama. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok boleh bergoyang Bicarakan rumput di laman orang, di laman sendiri rumput sampai ke kaki tangga
  • Dua buah peribahasa tersebut adalah contoh di mana orang Melayu yang santun mahu menegur orang lain. Gariskan perkataan yang boleh dijadikan hal benda (suject matter); iaitu pokok bergoyang, rumput, laman , rumput sampai ke kaki tangga dan lain-lain
  • Perkataan tersebut merupakan benda-benda maujud dan tersurat. Apa lagi, carilah gambar-gambar benda-benda tersebut dari internet, makalah, suratkhabar, . Dalam konteks seni, anda boleh dapatkan juga gambar-gambar laman yang cantik dan ada pokok-pokok, dan jangan lupa tangga rumah Melayu Melaka! Tentu cantik dan indah dengan adanya corak-corak pada tangga tersebut yang mencerminkan KEBUDAYAAN KEBANGSAAN! (Rujuk Soalan).
  • Perbincangan makin menarik...KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
  • SELAIN DARIPADA BAHAN SASTERA, ANDA JUGA BOLEH KAJI PERMAINAN TRADISIONAL DAN JADIKAN MOTIF BATIK. CONTOH PERMAINAN WAU. PAKAIAN TRADISIONAL JUGA MELAMBANGKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN. ALAT-ALAT SENJATA TRADISI JUGA MELAMBANGKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN! KECILKAN SKOP KAJIAN DENGAN MEMILIH HANYA SATU SUBJEK MATTER ATAU DUA DAN DIGABUNGKAN DALAM KARYA AKHIR.
  • Seterusnya, anda hendaklah mengumpul maklumat mengenai karya-karya pelukis terkenal yang menggunakan (i) teknik batik atau (ii) yang membicarakan kesantunan atau (iii) kebudayaan kebangsaan.. Dapatkan ketiga-tiga genre karya tersebut. (PENTING). Tampal dalam folio di bawah tajuk PENGARUH KARYA.
  • Semua dapatan seperti rencana sama ada dari internet atau media konvensional mengenai definisi santun, budaya kebangsaan dan peribahasa, anda tampal di dalam folio di bawah tajuk PERMASALAHAN IDEA.
  • Semua gambar-gambar yang anda ambil dari internet dan media konvensional, atau rakam sendiri, anda tampal dalam folio di bawah tajuk LAMPIRAN.

Langkah 2 dan seterusnya.
  • Seterusnya, di bawah tajuk SUMBER ILHAM atau 'HAL BENDA' (subject matter - masa cikgu belajar dulu) , anda boleh mula menghasilkan lakaran dan lukisan .
  • Lukis semula gambar-gambar di dalam LAMPIRAN. Lakaran atau lukisan hendaklah dapat menjelaskan kemahiran Seni Visual anda. Dalam perkataan lain, tunjukkan skil melukis anda. Kagumkan pemeriksa. Lebih banyak lukisan yang cantik-cantik lagi bagus.
  • Seterusnya, anda hasilkan PERKEMBANGAN IDEA. Cikgu tak dapat jelaskan lebih lanjut bagaimana seharusnya berlaku proses Perkembanan Idea tersebut, tetapi cikgu akan upload contoh kerja guru-guru yang menghadiri Taklimat Pengendalian Kertas 3 Seni Visual STPM pada 13 - 15 Januari lalu di Quality Hotel . (Terima kasih kepada guru-guru tersebut and nice to meet you)
  • Anda boleh dapatkan bahan tersebut di http://www.scribd.com/.
  • Tajuk ini juga dibincangkan di http://senivisual2.blogspot.com/2010/02/stpm-soalan-2.html
PENGHASILAN KARYA

Karya akhir anda hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh soalan. Oleh kerana ini adalah soalan pengkaryaan, Kajian Media dan Teknik perlu dititikberatkan selain daripada kajian komposisi dan kajian warna.
Anda perlu membuat beberapa (banyak) eksperimentasi bahan dan teknik BATIK itu sendiri. Buat dalam saiz A4 supaya mudah untuk ditampal hasil eksperimen tersebut dalam folio.

Pilih hasil eksperimen, kajian komposisi dan kajian warna yang paling berjaya dan barulah proceed Karya Akhir.

Good Luck.

Tiada ulasan: