Friday, February 19, 2010

Orientasi Tingkatan 6 Rendah (Taklimat mata pelajaran Seni Visual)



"Seni Visual ditawarkan sebagai salah satu mata pelajaran peringkat STPM bermula 2002 menggantikan Kertas Lukisan. Mata pelajaran Seni Visual telah mengalami perubahan berbanding Kertas Lukisan STPM. Perubahan dari segi sukatan pelajaran telah menyebabkan mata pelajaran ini menjadi lebih relevan dalam bidang pendidikan terkini.
Jika mata pelajaran Lukisan hanya diterima untuk kursus berkaitan bidang seni visual sahaja, mata pelajaran Seni Visual telah diterima sebagai mata pelajaran yang setaraf dengan mata pelajaran lain di peringkat universiti. Bermaksud, ia diterimapakai untuk permohonan ke universiti bagi semua jenis kursus yang ditawarkan.
Kelebihan Kertas Seni Visual STPM ialah ia menawarkan Kertas Projek Penghasilan Karya (kerja kursus) yang dapat memberi ruang kepada pelajar untuk terus menghasilkan yang terbaik bagi tempoh yang ditetapkan justeru peluang pelajar untuk lulus mata pelajaran ini terbuka luas berbanding mata pelajaran yang berorientasikan peperiksaan sahaja. "
Petikan di atas merupakan petikan daripada slide pertama untuk taklimat mata pelajaran Seni Visual STPM. Setiap tahun, cikgu akan taklimatkan mengenai mata pelajaran ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah cikgu. Perkara pertama yang cikgu akan sentuh dalam taklimat tersebut ialah KENAPA ANDA NAIK KE TINGKATAN ENAM? Di antara sebab-sebab yang dapat dikenalpasti ialah:

  • Belum/Tidak mendapat tawaran diploma dari universiti
  • Bagi mendapatkan sijil STPM (untuk temuduga polis)
  • Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti.
Cikgu akan menyentuh tentang sebab ketiga iaitu ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Syabas. Pilihan anda untuk ke Tingkatan Enam sebagai anak tangga ke universiti bagi mendapat segulung ijazah (bukan diploma) lebih baik dan menguntungkan. (baca http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2009/12/tingkatan-enam-lebih-baik-dari-diploma.html).
KENAPA PILIH MATA PELAJARAN SENI VISUAL?
  • berbakat seni. Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual.
  • tidak berbakat . Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.
Alasan yang pertama memang tidak dapat dinafikan lagi, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. Tetapi di sini, cikgu nak berbincang dengan pelajar yang masih was-was. Dalam masa yang sama, semua pelajar perlu tahu kelebihan anda ambil subjek Seni Visual sebagai satu mata pelajaran STPM. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang wajib diambiloleh calon.

BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN

a) Kertas 1 - Teori Seni Visual - Teori - wajaran 40%
b) Kertas 2 - Lukisan - Praktikal - wajaran 25%
c) Kertas 3 - Projek Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%

Jika diperhatikan dari jadual di atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%. Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.

Selain daripada itu, Kertas 3 Projek Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi. Sehingga hari ini, cikgu hanya tahu bahawa satu-satunya subjek STPM yang ada kerja kursus ADALAH SENI VISUAL!.

Bagi Kertas 2 Lukisan pula, latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.

Daripada pengalaman cikgu, ramai pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini membuat yang terbaik untuk Kertas 1 Teori Seni Visual dan mendapat A untuk Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.

BAGAIMANA MATA PELAJARAN SENI VISUAL MEMBANTU SAYA MASUK UNIVERSITI?










3 comments:

pure_puzzle29 said...

sy lgsg xda asas seni.msa form 4 n form 5 x ambk seni.sy tkt xdpt nk skor.

shah isha said...
This comment has been removed by the author.
athirah termizi said...

slm cikgu . sy klas aliran sn teknologi smasa ting4/5 .. sy ad ambil LUKISAN KEJURUTERAAN .. boleh saya minta link2 sekolah yg menawarkan subjek PSV ni di kawasan perak ??

BERKAITAN

Terima Kasih