Sabtu, 26 November 2011

Soalan SPM Pendidikan Seni Visual Kertas 2 2011

Khas untuk  Sirnur Muhammad bin Norazuran yang sedang menduduki SPM tahun ini.

Soalan 4  Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai. Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.

Langkah 1: cari gambar pemandangan anak sungai (sungai kecil) . Gambar-gambar di bawah cikgu pilih kerana    dapat menjelaskan ruang melalui perspektif anak sungai; secara tidak langsung soal ruang telah dijawab.



Nampak tak, cikgu merahkan perkataan beberapa dan menyekat; maksudnya batang kayu kena lebih dari satu dan jatuh dalam sungai cetek. Kalau guna gambar di atas, cuma tambah batang-batang kayu kecil melintang dan membentuk seperti air terjun kecil. Cikgu suka gambar di atas sebab jelas pergerakan airnya akibat disekat dengan batu. Tukarkan batu dengan batang-batang kayu, pun boleh kan.

Batang kayu di atas ini guna teknik warna legap (kurang air). Lihat bagaimana unsur bentuk yang diminta oleh soalan dapat dijelaskan melalui penekanan terhadap kesan cahaya dan bayang.

Pokok baru tumbang dan masih berdaun. Selain daripada bentuk, soalan juga menekankan kepada unsur jalinan. Lihat bagaimana pelukis mengaplikasi unsur jalinan pada batang pokok dan dedaunan.

Beri perincian untuk menimbulkan unsur bentuk dan jalinan pada pokok dapat menjawab soalan dengan tepat.


Langkah 2: Buat beberapa lakaran ringkas untuk menentukan komposisi dan reka letak yang sesuai. Gabungkan beberapa elemen (objek pokok, daun ) yang sesuai sahaja untuk gambar latar yang dipilih. Kalau contoh pokok itu menegak, anda lukislah pokok tersebut dalam keadaan tumbang ikut kehendak soalan.



Langkah 3 : Practice Makes Perfect! Ada masa eberapa hari ni, berlatihlah mewarna. Unsur warna juga memainkan peranan penting untuk menjawab soalan. Cikgu sarankan, warnakan latar dengan warna cair dahulu (teknik cat air) untuk dapatkan kesan kabur dan jauh. Batang pokok yang lebih dekat barulah guna warna yang lebih legap (kurangkan air) dan lebih terang. Guna pensil warna untuk hasilkan jalinan pada batang pokok, dan juga untuk kesan cahaya dan bayang.

Di bawah ini cikgu beri contoh-contoh catan teknik cat air supaya pelajar boleh berlatih hasilkan latar kabur (langit, gunung atau  pokok jauh) dan juga warna-warna untuk rumput. Jangan risau contoh-contoh gambar ni cantik sangat; kalau kita tiru gambar paling cantik, sekurang-kurangnya gambar kita cantik sikit. Kalau tiru gambar asal dah tak cantik, apa pula jadi pada gambar kita?








Akhir sekali, jangan lupa kehendak soalan yang terakhir iaitu pergerakan air..






Gambar di atas ini guna teknik warna legap . Nampak mudah, tapi anda perlu buat pemerhatian  rapi dan cubalah  meniru warna-warna yang digunakan sebaik mungkin. Jangan lupa buat juga latihan  kesan bayang-bayang pokok pada air .

Soalan ini juga boleh dijawab menggunakan media Lukisan seperti pensil dan pen dakwat. Tapi lukisan kena  lebih terperinci untuk kesan jalinan dan jangan nampak kosong. Di bawah ini ada beberapa contoh untuk latihan tapi nak jawab soalan, kena la pandai-pandai tokok tambah lukisan ni




Selamat Mencuba!


9 ulasan:

syameer berkata...

terima kasih cikgu

Tanpa Nama berkata...

thanks..

SYILA ASYIKIN BT MOHAMAD SUWARNO berkata...

wahh.. berguna sangat. tapi cikgu , syila tak tau sangat nak guna teknik legap . macam mana tu ?

Noraida Ahmad berkata...

biasa guna poster color jenama buncho? warna campur sedikit air atau tanpa air? Itulah teknik legap. Anda biasa guna teknik legap apabila mewarna, cuma tak tahu namanya...

ace king berkata...

thankz teacher

Tanpa Nama berkata...

Eventhough we'd never met,I kinda actually already liked you for what you've done here. You're the bestest teacher in the world. Thank you :)

liyana berkata...

This is so beautiful....i like this picture....

Unknown berkata...

Suasana di air terjun dengan memberi penekanan kepada KOMPOSISI,BENTUK, JALINAN dan RUANG.

Tanpa Nama berkata...

hmm terpaka