Jumaat, 26 Februari 2010

TINGKATAN ENAM LEBIH BAIK DARIPADA DIPLOMA (2)

Keputusan SPM tidak lama lagi akan diketahui keputusannya. Selepas SPM, apa pula? Anda bertungkus-lumus study untuk apa? Tentulah sebab ingin masuk universiti dan seterusnya berkerjaya dalam bidang yang dicitakan selama ini. Ramai pelajar dan ibubapa sendiri tidak sabar-sabar menanti saat anaknya menjejak kaki ke menara gading.

Apa yang pelajar dan ibubapa tidak sedar ialah, menjejak kaki ke menara gading selepas SPM, pelajar hanya mendapat DIPLOMA! Sedangkan yang diidamkan selama ini adalah 'menggenggam segulung IJAZAH! Sebelum terlalu teruja hendak masuk 'U' selepas SPM, fikirkan semasak-masaknya.

1. Kos untuk membuat diploma lebih tinggi dan mahal. Kos tersebut termasuklah yuran pendaftaran dan yuran tahunan, membeli pakaian baru, makan dan minum, menyewa rumah, mkotosikal, minyak motosikal, prepaid, telefon bimbit, tambang bas berulang alik pada masa cuti, buku-buku, dan pelbagai lagi yang selayaknya sebagai seorang mahasiswi dan mahasiswa.

Sedangkan jika anda menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, hampir tiada kos. Tinggal dengan ibubapa. Asrama sekolah hanya caj RM1 untuk makan dan minum sehari semalam!

2. Syarat masuk ke Universiti adalah sama ada anda ada Diploma (dengan keputusan yang baik) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (dengan keputusan yang baik). Anda perlukan 3 tahun untuk dapat diploma sedangkan Tingkatan Enam hanya 1 tahun 6 bulan sahaja. Kenapa membuang masa?

3. Di Universiti, dikatakan bahawa pelajar lepasan STPM lebih matang daripada pelajar lepasan diploma yang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Bukan kata-kata saya, tetapi kata-kata kawan-kawan pensyarah..

4. Bagaimanapun, jika anda mendapat tawaran Matrikulasi, anda pilihlah Matrikulasi kerana Matrikulasi lebih baik daripada Tingkatan Enam pula.

5. Apa-apapun, peluang anda ke universiti lebih baik sekarang kerana Universiti semakin banyak. Persaingan di antara anda untuk mendapat pekerjaan bukanlah bergantung kepada keputusan cemerlang semata-mata, tetapi personaliti dan keyakinan diri anda. Sebab itu, aktiviti ko-kurikulum penting dalam menyediakan diri anda kepada persekitaran pekerjaan sebenar.

6. Susahnya STPM adalah kepada mereka yang malas berusaha dan tidak menanamkan azam yang kuat untuk berjaya. Jangan dengar kata-kata seperti Tingkatan Enam susah, kena pakai uniform sekolah, kena aktif ko-ko dan lain-lain. Jika anda boleh dapat keputusan yang baik semasa SPM, anda juga boleh buat STPM.

Buatlah keputusan yang baik untuk diri anda, dan jangan menyusahkan ibubapa anda.

Wassalam

4 ulasan:

Shaydenaim berkata...

mana plak...budak STPM ni banyak yang poyo, perangai mcm budak-buadak, dok bawak lagi perangai zaman sekolah. pada aku kalau STPM tu rasa x selamat sangat,dengan ada diploma rasa masa depan sedikit terjamin, kalau dari STPM terus amik ijazah, x banyak yang korang belajar mcm mana budak diploma belajar dan terus sambung ijazah. fikirkanlah...

Unknown berkata...

Sokong blog ni

R. Farhana berkata...

saya adalah pelajar tingkatan 6 aliran kemanusiaan. saya juga mengambil subjek seni visual. saya sangat sokong kata2 pnulis. saya juga kurang setuju dengan pendapat yang di lontarkan oleh SHAYDENAIM. pada saya , pelajar diploma lebih banyak main2 kerana memikirkan tempoh pengajiannya yg lama. kalau dikatakan pelajar lepasan STPM belajar tak banyak, macamane pula dengan pelajar matrikulasi. jangka masa sesorang tu study terpulang kepada sejauh mane mereka mudah atau tidak menguasai pelajaran. maaf kalau saya katakan, pelajar diploma tidak berani untuk menerima cabaran. pada mereka STPM ini jauh lebih susah. belajar di mana sama sahaja asalkan ada usaha. tidak lah boleh memandang rendah pada peljr stpm. tidak mengapa perangai kebudak-budakkan asalkan tidak melanggar lagi syariat agama. pljr stpm juga rasanya kurang terjebak dengan gejala sosial kerana tinggal di bawah kawalan ibubapa. pada peringkat dgree mereka lebih pandai menjaga diri kerana kematangan fikiran. maaf andai pendapat saya ini ada menyinggung perasaan mana2 pihak. sebagai pelajar lepasan stpm. saya tidak rasa dengan stpm saya tidak boleh ke mana2 asalkan ada usaha yang gigih.

♥ wAnBai ♥ berkata...

SayA sAnGat sEtUju nGan kAtE2 pEnULis